Saturday, December 24, 2011

Sebab? Rasional? Existential?




Sebab? Apakah perlunya sebab apabila kewujudan itu bersifat huru-hara.
Tenaga yang terus berlaga dan bersaing mengunakan entiti-entiti manusia sebagai alat tanpa disedari, tanpa persetujuan, entiti kita dilepaskan ke dalam pemberontakan kosmos ini.
Persetujuan itu sendiri sebenarnya tidak wujud kerana titik permulaan kewujudan adalah melalui paksaan tenaga-tenaga yang berlaku tanpa sebab. Pemikiran rasional itu boleh dikatakan separa ilusi atau tampak sebagai sepenuhnya illusi jika kita sedar akan sengsara dan meletakan diri kita pada posisi yang menentang arus.

Apakah sebab kewujudan? Mungkin Tuhan menjadi jawapan. Tetapi bila ditanya apakah punca kewujudan Tuhan? Jawapan? Tuhan memang wujud, tidak diwujudkan tetapi bagaimana jika kita berkata dunia juga memang wujud, tanpa suatu punca atau sebab dan akan terus wujud sehingga detik infiniti? Konflik akan tercetus antara golongan Theist dan Atheist dan golongan seperti agnostic mungkin dapat menjauhkan diri mereka dari konflik ini dengan menjadikan diri mereka suatu konflik. Konflik yang dipenuhi penafian atas dasar kegembiraan? Atau perasaan hilang punca.

Persoalan-persoalan existential ini tidak mampu dijawab sepenuhnya kerana existence itu tanpa punca atau sebab yang pasti dan jalan pencarian jawapan untuk soalan-soalan ini sangat sukar secara fizikal dan lebih sukar secara mental yang akan mungkin akan kemberi satu jawapan yang amat rasional, yang terakhir di dalam minda seorang pencari kebenaran yang sedar, iaitu Kematian ( membunuh diri sendiri ) atau boleh dikatakan sebagai menamatkan kewujudan itu sendiri. Bagi aku, penyelesaian ini memberi makna kepada perkataan rasional itu sendiri yang sebelum ini tampak sebagai salah satu ilusi dialam kewujudan yang mungkin juga ilusi ( ketidak- wujudan ) ? ...

( Imej dari Google )

Sunday, November 20, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Russian Roulette and Dextromorphan




Inspired by nothing but The Maharaja Commission and dextromorphan.

Tak ada apa


Ada tiang lampu berwarna oren .
Ada manusia gila berdiri ;
merenung tiang tersebut selama 360 hari ,
tetapi dia masih tak tahu kenapa dia di sini .

Haiwan-haiwan cakap " Nanti awak masuk Neraka ".

Orang gila jawab " Sorry, saya tak ada Agama dan saya tak nampak apa-apa ".

Thursday, August 25, 2011

Apakah Merdeka?


Apakah Merdeka jika Lina Joy masih di benci?

Apakah Merdeka jika menjadi Homosexual itu jenayah?

Apakah Merdeka jika mengkritik Agama boleh membawa maut?

Apakah Merdeka jika Bangsa dan Agama menjadi titik bersatu?

Apakah merdeka jika Rakyat menjadi anjing politik?

Apakah Merdeka jika Hak individu tidak wujud?

Apakah Merdeka jika Kemanusiaan telah dilupakan?

Apakah Merdeka jika kita hidup tanpa Ilmu?

Apakah Merdeka jika Sejarah itu telah dipadam?

Apakah Merdeka jika golongan tertindas terus ditindas?

Apakah Merdeka jika Kerajaan dan Pembangkang masih diagung- agungkan?

Apakah Merdeka jika Agama adalah Tuhan?

Apakah Merdeka jika Kasih Sayang telah mati?

Apakah Merdeka di negara ini?

31 Ogos adalah satu Illusi .

( Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan )

Wednesday, June 1, 2011

Anchor Strong dan Tasik Kampar


Emosi yang huru-hara dikala menghadap Tasik Kampar ,
Organ dalaman membara sambil bermandi-mandi dengan
sejenis Arak yang dipanggil Beer.

Beer biasa bukan setaraf kecelaruaan minda aku.
Jadi , aku menelan beer yang lebih kuat ( extra strong ).

Memang aku tak suka rasa ini yang pahit , panas
dan bagaikan makanan basi tetapi aku mahukan kemabukannya ,
terpaksa untuk menjadi mabuk untuk berlari ke dunia khayalan ,
meningalkan segala rasa kecewa atau untuk memberi Imej
kepada perasaan kecewa yang bernanah menjadi Kejahilan.

Perut dipenuhi dengan gas-gas yang membuatku mual , nak termuntah,
tapi semasa aku menulis catatan ini ,
Aku masih menunggu kemabukan untuk mengambil alih diriku,
demi melupakan dunia yang amat Gampang , jahil dan busuk.

Dengan sebatang Rokok Suria ( gudang garam ) ku habiskan,
SELAMAT TINGGAL REALITI. ( 31 / 5 / 2011 )