Saturday, December 24, 2011

Sebab? Rasional? Existential?




Sebab? Apakah perlunya sebab apabila kewujudan itu bersifat huru-hara.
Tenaga yang terus berlaga dan bersaing mengunakan entiti-entiti manusia sebagai alat tanpa disedari, tanpa persetujuan, entiti kita dilepaskan ke dalam pemberontakan kosmos ini.
Persetujuan itu sendiri sebenarnya tidak wujud kerana titik permulaan kewujudan adalah melalui paksaan tenaga-tenaga yang berlaku tanpa sebab. Pemikiran rasional itu boleh dikatakan separa ilusi atau tampak sebagai sepenuhnya illusi jika kita sedar akan sengsara dan meletakan diri kita pada posisi yang menentang arus.

Apakah sebab kewujudan? Mungkin Tuhan menjadi jawapan. Tetapi bila ditanya apakah punca kewujudan Tuhan? Jawapan? Tuhan memang wujud, tidak diwujudkan tetapi bagaimana jika kita berkata dunia juga memang wujud, tanpa suatu punca atau sebab dan akan terus wujud sehingga detik infiniti? Konflik akan tercetus antara golongan Theist dan Atheist dan golongan seperti agnostic mungkin dapat menjauhkan diri mereka dari konflik ini dengan menjadikan diri mereka suatu konflik. Konflik yang dipenuhi penafian atas dasar kegembiraan? Atau perasaan hilang punca.

Persoalan-persoalan existential ini tidak mampu dijawab sepenuhnya kerana existence itu tanpa punca atau sebab yang pasti dan jalan pencarian jawapan untuk soalan-soalan ini sangat sukar secara fizikal dan lebih sukar secara mental yang akan mungkin akan kemberi satu jawapan yang amat rasional, yang terakhir di dalam minda seorang pencari kebenaran yang sedar, iaitu Kematian ( membunuh diri sendiri ) atau boleh dikatakan sebagai menamatkan kewujudan itu sendiri. Bagi aku, penyelesaian ini memberi makna kepada perkataan rasional itu sendiri yang sebelum ini tampak sebagai salah satu ilusi dialam kewujudan yang mungkin juga ilusi ( ketidak- wujudan ) ? ...

( Imej dari Google )