Wednesday, June 1, 2011

Anchor Strong dan Tasik Kampar


Emosi yang huru-hara dikala menghadap Tasik Kampar ,
Organ dalaman membara sambil bermandi-mandi dengan
sejenis Arak yang dipanggil Beer.

Beer biasa bukan setaraf kecelaruaan minda aku.
Jadi , aku menelan beer yang lebih kuat ( extra strong ).

Memang aku tak suka rasa ini yang pahit , panas
dan bagaikan makanan basi tetapi aku mahukan kemabukannya ,
terpaksa untuk menjadi mabuk untuk berlari ke dunia khayalan ,
meningalkan segala rasa kecewa atau untuk memberi Imej
kepada perasaan kecewa yang bernanah menjadi Kejahilan.

Perut dipenuhi dengan gas-gas yang membuatku mual , nak termuntah,
tapi semasa aku menulis catatan ini ,
Aku masih menunggu kemabukan untuk mengambil alih diriku,
demi melupakan dunia yang amat Gampang , jahil dan busuk.

Dengan sebatang Rokok Suria ( gudang garam ) ku habiskan,
SELAMAT TINGGAL REALITI. ( 31 / 5 / 2011 )