Wednesday, May 12, 2010

Dibawah lampu jalan



AKU BERLARI TANPA PANDANG KEBELAKANG
SEJENAK AKU BERHENTI DIBAWAH LAMPU KUNING
DATANG MEMORI MENGHENTAM MINDA YANG LAYU
TERINGAT KEHIJAUAN KITA DIMASA LALU

KURANGKAN NAFAS LALU REDAKAN JIWA
PESANAN DARIMU MEMBUATKU TERSENYUM
NAMUN SEKETIKA SAHAJA KU KEMBALI SAYU
MENGENANG WAJAHMU YANG JAUH DITIUP BAYU

BUKAN SENANG UNTUK MEMENDAM PERASAAN
MENDENGAR LAGU DAN BERPURA-PURA
HUBUNGAN ITU SUDAH LAMA WUJUD
JANGAN DINAFIKAN KERANA MEMBENCI,MENGANGUNG DAN TERKONKONG

Thursday, May 6, 2010

KENAPA HIPOKRIT?(aku)


Inilah aku,itu bukan aku dan ini yang aku mahu.Aku tak perlu takut kepada mana-mana pihak termasuk masyarakat yang dianggotai oleh AGAMA DAN BANGSA BERBEZA-BEZA.
Nak panggil aku LIBERAL? Memang aku berfikiran LIBERAL.NAK KATA AKU FASIS,MEMANG AKU FASIS PADA GOLONGAN YANG MENGAMALKAN RASIS DAN FASIS.

Aku percayakan kewujudan TUHAN,AKU CINTA AKAN TUHAN kerana aku mengikuti pergerekan HARE KRISHNA namun ramai yang menganggap pertubuhan ini sebagai sebuah agama atau sub dari agama hindu.Bagi aku ia hanya platform untuk menambah cinta kepada pencipta,untuk bersatu tanpa mengira bangsa,agama dan negara.So,AKU MEMANG TAK ADA AGAMA.AKU ULANG KEMBALI,AKU TAK ADA AGAMA DAN JUGA BANGSA.Tetapi aku menghormati dan mempercayai semua agama namun aku berpegang teguh kepada CINTA DAN KASIH SAYANG ANTARA MANUSIA.Jikalau kamu mencintai tuhan,maka kamu akan mencintai seluruh umat manusia tanpa mengira agama,bangsa,negara dan juga spesies(haiwan).Apa yang berlaku adalah manusia bukan mencintai tuhan tetapi mengangungkan AGAMA sambil terus melupakan cinta terhadap maha pencipta.Terdapat satu puisi dari JALALUDIN AL-RUMI yang berbunyi"manusia taksub terhadap agama sehingga melupakan tuhan".Ramai melihat agama sebagai satu undang-undang dan tuhan merupakan sesuatu yang perlu ditakutkan bukan dicintai.

Aku tidak bangga langsung dengan bangsa,apa ada dengan bangsa? Negara? Mungkin aku punya rasa bangga dan cinta untuk negara aku yang tercinta.Ada dikalangan orang yang mengenali aku malah kawan-kawan aku,melihat aku sebagai seorang yang sudah TERSESAT DAN MENYESATKAN.Pandangan-pandangan aku dilihat sebagai perosak agama,sebagai terlalu extrem dan liberal.Aku tak kisah apa yang korang nak cakap kerana aku berkawan dengan orang untuk erti persahabatan bukan kerana bangsa dan agama.So,kalau anda nak berkawan dengan aku dengan melihat agama dan bangsa aku? AKU TIDAK PERLUKAN PERSAHABATAN KAMU.Aku merasakan ideologi aku sudahpun pernah diamalakan oleh segelintir manusia yang menjadi idola aku juga seperti JOHN LENNON,BOB MARLEY,JALALUDIN AL-RUMI,SRILA PRABHUPADA,MAHATMA GANDHI DAN RAMAI LAGI YANG MEMPERJUANGKAN KEAMANAN DAN CINTA.

Secara musik pun aku tidak mahu klasifikasikan diri aku dengan satu GENRE dimana telinga kita perlukan musik yang berbeza tetapi aku lebih pentingkan erti sesebuah lagu tersebut.Boleh tak,aku mengaitkan diri aku dengan lagu tersebut dan yang pasti aku membenci sesiapa yang membuat musik hanya untuk DUIT.Golongan sebegini hanya sampah dan perosak musik.Aku benci juga sesiapa yang tidak menghargai dan mengutuk musik.

AKU HARE KRISHNA,AKU SUFFI,AKU PENYAJAK,AKU PEMUZIK,AKU HIPPIES,AKU PUNK,AKU MANUSIA DAN YANG PENTING AKU TAK HIPOKRIT.

Saturday, May 1, 2010

SIAPA CAKAP SEMUA YAHUDI JAHAT?


Aku bukan orang islam atau melayu tapi berhadapan dengan orang yang mempunyai idea cetek lagi bodoh yang semua bangsa yahudi jahat dan patut dibunuh.Aku seorang pejuang anti-fasis,bagi aku tiada beza antara manusia.AGAMA,BANGSA DAN NEGARA? Tapi darah kita masih merah,kita masih punya cinta,kasih dan sayang.

Ramai yang menentang kekejaman Tentera Israel terhadap rakyat PALESTIN termasuk aku tetapi kadang-kadang orang yang begitu perjuangankan keadilan juga lupa bahawa disatu lagi bahagian dunia berlaku juga konflik,perang dan diskriminasi lebih besar iaitu seperti diskriminasi terhadap orang tamil di SRI LANKA.

Ok,kembali kepada topik asal,ramai berpendapat orang yahudi benci orang islam dan nak hapuskan orang islam.DALAM GAMBAR ATAS ADALAH GOLONGAN ORTHODOX JEWS/GURU/RABBI YANG MENGIKUTI KONVOY KE PALESTIN BERSAMA AKTIVIS BRITIAN UNTUK MEMBERI BANTUAN KEPADA RAKYAT PALESTIN.MERAKA INI,SECARA SEPENUH HATI MENENTANG ZIONISMA,KERAJAAN ISRAEL DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISRAEL.GAMBAR INI ATAU KONVOY INI DIADAKAN PADA 2010.CUBA ANDA FIKIRKAN,KITA DIMALAYSIA BERSEMANGAT BOIKOT BERAPA LAMA? 1 BULAN? 2 BULAN? LEPAS ITU SENYAP TAPI MEREKA WALAUPUN PENDETA AGAMA MEREKA,MEREKA MASIH PERJUANGKAN NASIB WARGA PALESTIN.

Ini satu pertanyaan ringkas pada rakan-rakan yang begitu membenci YAHUDI DAN BERCITA-CITA UNTUK MENGHAPUSKAN MEREKA.Aku bukan begitu pakar dalam bab agama islam.So, aku hanya bercerita pada bab sejarah kerana jika aku melangkah kedalam isu dalam agama maka ia akan mewujudkan rasa tidak puas hati kerana ianya isu sensitif.Aku menghormati semua agama.Soalan aku kepada rakan-rakan itu,dalam islam Nabi Isa akan datang pada akhir zaman untuk selamatkan manusia bersama Imam Mahdi.Bukankah Nabi Isa juga seseorang daripada bangsa YAHUDI? So,pada akhir zaman nanti kamu nak tangkap Nabi Isa? Aku tanya soalan ini hanya untuk memberitahu bukan semua yahudi jahat dan jangan lupa bahawa ada juga orang islam dikalangan bangsa yahudi kerana yahudi itu bangsa.