Saturday, March 6, 2010

DULU INDIE SEKARANG HARDCORE?


Kembali untuk bercerita tentang scene music kita.Ok, HARDCORE,SXE,MOSHERS,T-SHIRT DESIGN GANAS-GANAS dan MOSH CREWS.Kesemua perkara yang aku telah sebutkan tadi mungkin anda pernah dengar atau lihat dikalangan anak-anak muda kita.Yang aku nak ceritakan ialah bagaimana mereka ini golongan TREND FOLLOWERS,TIDAK ADA PENGETAHUAN TENTANG HARDCORE DAN BETAPA POSERNYA MEREKA.

Sebelum mula apa-apa,aku ceritakan serba-sedikit tentang sejarah music HARDCORE.Music yang digelar hardcore ini berasal dari USA.Pada awal 1980an apabila music punk mula diterima di USA,barulah music ini bermula.Sebenarnya,HARDCORE ADALAH PUNK.Itulah realitinya,HARDCORE berasal dari PUNK dan sebenarnya panggilan HARDCORE ADALAH TIDAK TEPAT,YANG SEBENARNYA PANGGILAN PALING SESUAI ADALAH HARDCORE PUNK.

Hardcore ini adalah PUNK yang dibogelkan.Ia kembali kepada sifat asas budaya PUNK.Kerana sebelum itu punk telah berubah menjadi sebuah fashion dan trend yang dipromosikan ANJING-ANJING KOPORAT seperti MTV.

Band-band yang menjadi pengerak musik ini ialah BLACK FLAG,BAD BRAINS,MINOR THREAT,YOUTH OF TODAY,CIRCLE JERKS,DEAD KENNEDYS dan sejenisnya.Disamping itu,terdapat satu movement dalam scene hardcore ini,iaitu STRAIGHT EDGE/sXe.
Straight edge ini merupakan permulaan remaja berideologi PUNK menentang sifat-sifat buruk dalam BUDAYA PUNK ATAU DALAM MASYARAKAT.Mereka MENENTANG SALAH GUNA DADAH,PENGAMBILAN ALKOHOL,MEROKOK DAN MEMPERJUANGKAN HAK HAIWAN/MEREKA PERJUANGKAN VEGANISM/TIDAK MEMAKAN ATAU MENGGUNAKAN APA-APA PRODUK DARI HAIWAN.Mereka yang menyokong atau mengikuti ideologi STRAIGHT EDGE ini menggunakan lambang X.Selalunya mereka melukis X pada tangan mereka semasa gig band-band HARDCORE.

Terdapat juga sebuah tarian yang berasal dari MOSHING/POGO PUNK yang ditambah elemen-elemen MARTIAL ARTS,BREAK DANCING dan banyak lagi.Yang paling selalu dilakukan oleh peminat HARDCORE dulu ialah tarian 2-STEP,SLAMMING dan STAGEDIVE.Pada 1990an musik HARDCORE telah BEREVOLUSI dengan ditambahkan elemen-elemen music lain dan music hardcore menjadi semakin tercemar dan lari daripada asasnya iaitu PUNK.Antara pengubahsuain musik HARDCORE ialah METALCORE,DEATHCORE,SCREAMO DAN POST-HARDCORE.

Masalah di MALAYSIA sekarang adalah suatu KESESATAN dalam music HARDCORE.Ingin aku bagi tahu dulu iaitu rata-rata budak-budak yang mengelar diri mereka HARDCORE KIDS/SXE DAN MOSHERS adalah BUDAK-BUDAK YANG DULUNYA MEMAKAI SKINNY WARNA-WARNI DENGAN MENGELAR DIRI MEREKA INDIE KIDS.Mungkin mereka juga berasal dari golongan MAT REMPIT/SHUFFLERS/BBOYS?

Memakai SELUAR JEANS DIPOTONG SEPARUH/SKINNY,T-SHIRT DESIGN GANAS DAN BERWARNA WARNI,MEMAKAI BAJU FLANNEL@BAJU PETAK-PETAK DIATAS T-SHIRT DAN MEMAMAKAI BASEBALL CAP.Inilah fenomena baru dan mereka juga menubuhkan banyak MOSH CREWS seperti JAHANAM MOSH CREW,KL MOSH WARRIORS,SB MOSH,TAIPING MOSH RANGERS dan banyak lagi.

Daripada pemerhatian aku,aku dapati yang mereka ini memang tidak mengenali HARDCORE YANG SEBENAR.Selalunya mereka memanggil dan menganggap METALCORE/SCREAMO sebagai HARDCORE.Sesuatu yang menunjukkan yang betapa JAHILNYA mereka ialah bagi GOLONGAN SO CALLED HARDCORE INI APA-APA MUSIC YANG BERAT,ADA JERITAN DAN PART BREAKDOWN ADALAH HARDCORE.

Golongan posers ini tidak tahu membezakan antara DEATHMETAL,TRASHMETAL,BLACKMTEAL DAN METALCORE.Aku percaya rata-rata budak-budak SO CALLED HARDCORE INI tidak pernah pun mendengar lagu-lagu MINOR THREAT,BLACK FLAG,YOUTH OF TODAY dan mungkin tidak mengenali juga NAMA BAD BRAINS yang merupakan pioneer music HARDCORE.

Mereka ini seronok dengan membuat CREW-CREW MOSH? Semasa era minor threat/black flag aku tak pernah dengar tentang CREW-CREW MOSHERS.Anak-anak muda kita mungkin terlebih kreatif dengan mencipta benda-benda baru yang merosakkan sifat satu musik itu.Pada sebenarnya 2-STEP dibuat untuk music HARDCORE PUNK namun sekarang ianya dibuat musik METALCORE.Disamping itu,pergerakan STRAIGHT EDGE/SXE PUN DIROSAKKAN.Aku bukanlah SXE tetapi aku menhormati pergerakan ini.Ada sekali aku menghadiri sebuah GIG HARDCORE, aku amat marah dan sedih melihat budak-budak yang MELUKIS lambang X ditangan tetapi menhisap rokok dan buat semua benda yang dilarang dalam SXE.

Niat aku bukan nak menjatuhkan kamu semua tetapi aku hanya harapkan kamu semua mengkajilah asal-usul musik yang anda dengar dan ikuti.Janganlah menjadi ANJING-ANJING TREND FOLLOWERS YANG NAK COOL SAHAJA.Dengar dulu BLACK FLAG,BAD BRAIN,YOUTH OF TODAY,MINOR THREAT DAN LEPAS ITU BARU KAMU BOLEH GELAR KAMU PEMINAT MUSIK HARDCORE.

INGAT DIDALAM PEMIKIRAN IAITU HARDCORE BERASAL DARI PUNK!

Friday, March 5, 2010

PUNK DARI PERSPEKTIF AKU?






PUNK empat huruf yang menggubah sejarah music rock atau sejarah music secara amnya.Di dunia ini terdapat pelbagai pandangan terhadap PUNK ATAU PUNK ROCKERS SEPERTI TERBUANG,LIAR,PENAGIH,PEMBERONTAK,BERHALUAN KIRI,ANARKIS,PENGOTOR DAN SEBAGAINYA.Itu pendapat masing-masing tetapi PUNK mempunyai sejarah yang panjang dan oleh kerana itu, aku sudahpun memberikan sejarah PUNK didalam artikel sebelum ini dari sumber yang boleh dipercayai.Anda bolehlah merujuknya untuk mengetahui sejarah punk.

Dari segi perspektif aku,PUNK ITU SATU KEBEBASAN,SATU PEMBERONTAKKAN DAN SATU PERGERAKKAN REMAJA UNTUK LARI DARIPADA MASYARAKAT ARUS PERDANA YANG KEJAM DAN RAKUS KERANA MENGEJAR KUASA DAN DUIT.Dari segi sejarahnya,PUNK bermula dari suatu GENRE yang memainkan music yang berorientasikan gitar.Tetapi beza musik punk rock dan music rock sebelumya ialah kugiran-kugiran punk rock awal terutamanya THE RAMONES memulakan CARA PERMAINAN GITAR YANG LAJU,MENGUNAKKAN HANYA 1-4 KORD,TEMPOH LAGU YANG RATA-RATANYA TIDAK MELEBIHI 2 MINIT,PERMAINAN DRAM YANG LAJU DAN TANPA SOLO GITAR.Cara permainan musik begini memang merupakan satu pemberontakan kerana sebelum itu music rock menjadi sesuatu yang rumit dan memerlukan bakat yang tinggi untuk bermain instrumen tetapi KEHADIRAN THE RAMONES MERUPAKAN SATU KENYATAAN DARIPADA REMAJA MASA ITU YANG UNTUK BERMAIN MUSIC TIDAK PERLU BAKAT YANG BESAR,TIDAK PERLU BERPULUH-PULUH KORD DAN TIDAK PERLU SOLO.Hanya main seperti yang kita mahu dan sikap ini menjadi pegangan kugiran-kugiran PUNK generasi seterusnya.

Anarki telah menjadi sebati dengan pergerakan punk tetapi PUNK tidaklah bermula dengan ANARKI dan PUNK tidak semestinya ANARKI.Punk mula dikaitkan dengan ANARKI DARIPADA LAGU KUGIRAN SEX PISTOLS@(antara pelopor punk di tanah inggeris) YANG BERTAJUK ANARCHY IN THE UK.Mungkin kerana sifat punk yang memberontak dan penentangan terhadap pihak berkuasa PUNK amat sinonim dengan sifat atau pemikiran ANARKI.

Aku mempunyai perspektif yang agak liberal terhadap pemakaian atau fashion PUNK.Terdapat satu pemikiran dimana PUNK haruslah berambut MOHAWK ATAU PACAK,BERJAKET KULIT,BERKASUT BOOT DAN SEBAGAINYA.Tetapi itu adalah pandangan yang amat salah kerana SIFAT PUNK YANG AWAL ITU ADALAH BEBAS.JIKALAU PUNK ITU MESTI BERAMBUT MOHAWK KENAPA THE RAMONES YANG DIGELAR BAPA PUNK BERAMBUT MOPTOP? Kerana itulah aku lebih gemar mengelar SCENE HARDCORE AMERIKA SEBAGAI PUNK TULEN,KERANA MEREKA BAGAIKAN PUNK YANG DIBOGELKAN PADA SIFAT ASALNYA.DIMANA,PADA SCENE HARDCORE MEREKA TIDAK MEMENTINGKAN PEMAKAINAN ATAU RUPA.MEREKA LEBIH MEMENTINGKAN MESEJ YANG DISAMPAIKAN DAN MUSIK PUNK ITU SENDIRI.

ARAK,DADAH,SEKS,TIDAK PERCAYA PADA KONSEP TUHAN.Ini merupakan pandangan masyarakat tentang budaya PUNK.Memang benar remaja-remaja dalam budaya PUNK MENGAMALKAN PERKARA-PERKARA INI TETAPI BUKA SEMUA PUNK MENGAMALKANYA.Pada zaman awal kehadiran budaya punk perkara-perkara negatif memang menjadi ikutan remaja-remaja punk tetapi segalanya berubah apabila KUGIRAN-KUGIRAN DARI KELOMPOK HARDCORE PUNK/HARDCORE MULA MENENTANG PERKARA-PERKARA NEGATIF INI DAN ANTARA PELOPORNYA IALAH KUGIRAN MINOR THREAT DAN YOUTH OF TODAY.Tetapi jika dianalisa diantara kedua-dua kugiran ini,walaupun mereka perjuangankan perkara sama tetapi mereka punya perbezaan yang besar iaitu VOKALIS MINOR THREAT IAITU IAN MACKEY MERUPAKAN SEORANG ATHEIST@TIDAK PERCAYAKAN TUHAN(anda boleh rujuk lagu FILLER).Disebalik itu,VOKALIS YOUTH OF TODAY IAITU RAY CAPPO PULA SEORANG PENGIKUT GERAKAN HARE KRISHNA ATAU LEBIH SENANG DIKATAKAN RAY CAPPO MERUPAKAN SEORANG YANG MENGIKUTI AGAMA HINDU SEHINGGA MENJADI SEORANG GURU SETELAH PERGI KE INDIA SELAMA 2 TAHUN.Selepas itu,RAY CAPPO menubuhkan sebua lagi band punkrock yang amat berpengaruh yang menyampaikan mesej-mesej ketuhanan iaitu SHELTER.Selain itu,aku pun seorang pengikut HARE KRISHNA DAN MEMPUNYAI KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN TETAPI AKU TIDAK PERCAYA PADA AGAMA.Memang tidak boleh dinafikan yang RAY CAPPO MERUPAKAN INSAN YANG MENGUBAH HIDUP AKU DARI SEORANG ATHEIST KEPADA SEORANG YANG CINTA AKAN TUHAN TETAPI MASIH PUNK.Selain itu,kugiran yang mempelopori musik dan pemakaian punk iaitu THE RAMONES pun MEMPUNYAI PERBEZAAN IDEOLOGI DIDALAM KUGIRAN TERSEBUT.JOHHY YANG MERUPAKAN VOKALIS RAMONES ADALAH SEORANG YANG BERFIKIRAN KONSERVATIF DAN MENGAMBIL ANJING RASIS ADOLF HITLER SEBAGAI IDOLA MANAKALA GITARIS RAMONES JOEY MERUPAKAN SEORANG YANG BERFIKIRAN LIBERAL DAN MERUPAKAN SEORANG YANG BENCI AKAN PERKAUMAN DAN NAZI.Selain itu,antara band PUNK yang amat berpengaruh yang merupakan pengasas ANARCHO PUNK iaitu CRASS juga mempunyai pembezaan pendapat dengan menyatakan bahawa SEX PISTOLS DAN THE CLASH MERUPAKAN BONEKA INDUSTRI DENGAN LAGU SEPERTI PUNK IS DEAD. Jadi perbezaan pendapat dan ideologi merupakan sesuatu yang berlaku dari awal kemunculan budaya punk.

Secara kesimpulanya,daripada perspektif aku PUNK merupakan suatu kebebasan atau suatu medium kepada remaja untuk melepaskan kemarahan dan sifat tidak puas mereka terhadap masyarakat sekeliling mereka dan yang penting sekali PUNK JANGAN SEKALI-KALI DIKAITKAN DENGAN STEREOTAIP KERANA PUNK SENTIASA BERUBAH MENGIKUT KEADAAN DAN ZAMAN.Yang pasti PUNK merupakan satu sifat semula jadi untuk menentang dan ia tidak akan pupus.


-TETAPI YANG PENTING TIADA NAZI/RASISMA/FASISMA DIDALAM PUNK-

PUNK!!!



Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik rock punk. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti hardcore punk, Oi!, psychobilly, goth, emo, pop punk dan sebagainya.

Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.
Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clash di London meledak pada tahun 1977.
Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap rock n roll “mainstream”, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Di samping memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap gam). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah.
Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan rock alternatif dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga Budaya Indie yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Fesyen punk merangkumi pelbagai aspek, dan dipopularkan oleh kebanyakan band punk seperti Sex Pistols, Dead Kennedys dan Blondie, dan juga oleh pereka fesyen punk terkenal Vivienne Westwood dan Malcolm McLaren. Pengikut punk mempunyai penampilan yang berbeza-beza namun kebanyakannya sengaja berpakaian untuk menunjukkan keberanian dan mesej punk mereka yang mengundang kontroversi.
Budaya punk yang meledak pada tahun 1977 memperkenalkan jeans dan pakaian yang telah dikoyak, boot Doc Martens, pakaian serba hitam, seluar ketat (skinny pants), rambut fesyen Mohawk, stail terpacak, dan juga rambut yang diwarnakan dengan pelbagai warna (menentang rambut panjang hippie). Jaket rockers, tali pinggang studded, T-shirt tanpa lengan, pop art sinonim dengan fesyen punk. Pengikut punk juga membuat tatu dan menindik bahagian badan mereka. Aksesori seperti rantai besi, gelang tangan spikes, pins, lencana, simbol Nazi, salib terbalik dan Anarki, juga popular. T-shirt punk selalunya mempunyai slogan politik, mengejutkan dan offensif. Selain itu, sebilangan punk juga mengenakan fesyen S&M, memakai solekan tebal, dan cross-dressing. Jenama seperti Chuck Taylors, Doc Martens, Nike dan Adidas popular di kalangan pengikut punk.
Pada tahun 1990-an dan 2000-an fesyen Skate-punk popular di kalangan remaja, dipopularkan oleh band seperti Blink 182, Nofx dan Green Day. Fesyen Skate-punk yang lebih sederhana lebih kepada hoodies, beanie hat, seluar pendek dan baggy, aksesori skating, T-shirt band, dan stail rambut mohawk dan terpacak yang tipikal. Pada tahun 2004, Green Day dan band band emo yang lain memperkenalkan imej punk yang baru, seperti pakaian serba hitam, tali leher, seluar ketat, eyeliners, dan stail emo.
Pada awal 1980-an, walaupun medapat imej negatif, golongan punk menjadi tarikan pelancong dan juru gambar di London disebabkan fesyen dan kelakuan mereka. Di awal mereka mula mendapat perhatian, punk mendapat serangan hebat oleh golongan masyarakat dan juga pengikut sub-budaya lain seperti skinheads, mods, bikers, dan metalhead. Di samping itu pengikut punk juga sering menyerang pengikut muzik disko dan sesiapa saja yang dianggap "hippie".

Punk mempunyai seni dan stail artistik tersendiri. Seperti muzik dan fesyen punk, Seni Visual mereka sarat dengan mesej yang politikal, mengejutkan dan bersifat anti-seni. Pada awalnya Seni Visual punk digunakan dalam muka album punk, majalah (zines) dan T-shirt. Seni Visual punk diinspirasikan oleh montaj dan kolaj Pop Art yang dipopularkan oleh Andy Warhol, dan pada awal 1980-an mula digunakan di dalam majalah, album artis dan poster mainstream yang bukan punk.
Antara filem-filem yang berkaitan dengan budaya ini adalah filem Rock & Roll High School, The Great Rock & Roll Swindle, Another State Of Mind, Sid & Nancy, dan juga dokumentari Filth & the Fury.
Konsert-konsert punk mula mempopularkan tarian Pogo dan "slam-dancing" di kebanyakan konsert rock di-samping "moshing", "stage-diving", "crowd surfing" dan kebanyakan kelakuan lain di dalam konsert rock.

Kebanyakan punk mempunyai "scene" (komuniti) mereka tersendiri terutamanya di bandar besar. Scene di New York, London dan kemudiannya di San Francisco Bay Area adalah antara komuniti punk yang terawal menjadi terkenal. Kebanyakannya bersifat underground, di mana kebanyakan pengikut muzik punk adalah anti-komersial dan berusaha untuk mengekalkan keaslian (authenticity) budaya mereka supaya tidak menjadi terlalu mainstream dan komersial, dan faktor inilah yang meneyebabkan kebanyakan band punk kurang mendapat perhatian daripada peminat muzik rock umum. Band -band seperti Sex Pistols dan The Ramones kurand dikomersialkan dan hanya mencapai "cult status". Populariti band seperti Green Day menyebabkan mereka dilabel sebagai "poser" dan ditentang oleh pengikut punk yang fanatik.


-sumber yang didapati dari wikipedia-