Friday, January 22, 2010

KESAN POSTIF MEROKOK?



Selalunya bila bercerita tentang rokok,orang akan mula bercerita tentang keburukan merokok.Kena kanserlah semua akan mula diceritakan TAPI mengapa ORANG MASIH MEROKOK SEPERTI SAYA DAN RAMAI LAGI MANUSIA-MANUSIA TERMASUK DOKTOR,GURU,MENTERI? Kalau budak-budak muda orang cakap nak jadi COOL hisap rokok,tak akan seorang doktor hisap rokok untuk menjadi COOL?Mesti ada sebab dia merokok.Inilah yang aku nak bagi tahu iaitu kebaikan atau kesan positif merokok melalui perspektif aku.

1.Apabila aku sedang telalu takut tentang sesuatu atau gementar.Contohnya sebelum pergi interview,perjumpaan-perjumpaan penting dan sebagainya,ROKOK membantu untuk menenangkan fikiran yang gementar dan takut dan secara tidak langsung mengembalikan KEYAKINAN DIRI kita.

2.Sebelum melakukan apa-apa perkerjaan penting,seperti assigment,aku akan mulakan dengan menghisap sebatang rokok dan ia secara simbolik bermakna akan memulakan kerja itu dengan yakin.Selain itu,lepas menghabiskan sesuatu kerja,aku atau ramai perokok akan hisap sebatang rokok dan ini menunjukkan yang KERJA TERSEBUT TELAH SELESAI DENGAN BAIKNYA,IA SECARA SIMBOLIKNYA SEPERTI MEMBERIKAN HADIAH KEPADA DIRI SENDIRI KERANA BERJAYA MENYIAPKAN KERJA TERSEBUT.

3.Menghisap sebatang rokok membuatkan kita berfikir dan mengeluarkan idea.Contohnya semasa aku sedang membuat lagu atau menulis lirik,rokok merupakan sebuah ubat mencari ilham.Bukan untuk aku sahaja tetapi KEPADA RAMAI AHLI MUSIK.

4.Merokok disaat kita perlu membuat sesuatu keputusan penting dapat membolehkan kita berfikir dengan tenang dan membuat keputusan yang baik.

5.Boleh mengelakkan keganasan rumah tangga kerana kebanyakkan kaum lelaki menghadapi banyak tekanan di dunia luar dan apabila mereka lepas tekanan itu terhadap isteri dan anak-anak, akan terjadilah keganasan rumah tangga.Rokok merupakan suatu alternative kepada mereka untuk melepaskan tekanan tersebut daripada melepaskanya keatas isteri dan anak-anak.

6.Merokok dapat menghilangkan kebosanan ketika tiada sesiapa untuk kita,pada masa itu rokok akan menjadi SAHABAT anda.

7.Dapat mengeratkan hubungan antara kawan-kawan dengan berkongsi rokok.Nama pasarnya ialah ROKOK PANCUNG ATAU KATING ROKOK.

8.Apabila kita terlau gembira,kita akan menghisap sebatang sejurus selepas mendapat berita gembira kerana ingin meraikkan kegembiraan itu dan kalau kita sediah sangat pun kita akan menghisap rokok supaya dapat menghilangkan kesedihan itu ataupun dapat mengawal emosi kita.


9.Menjadi PENCUCI MULUT SELEPAS MAKAN.

10.Hidup tidak akan terasa kosong atau bosan dengan rokok tapi untuk seketika sahaja.

Itu kesanya mengikut perspektif aku tapi aku bukan nak cakap yang rokok ini sihat atau apa,tapi untuk informasi sahaja.Keputusan di tangan anda dan satu lagi info penting BARRACK OBAMA merupakkan perokok tegar.Selain itu,perokok paling lama didunia tak silap aku adalah PEREMPUAN TERTUA DULU,DIA MULA HISAP ROKOK PADA 18 TAHUN DAN HISAP SAMPAI UMURNYA MENCECAH 112 TAHUN,baru dia berhenti dan dia meninggal dunia sebagai perempuan tertua pada masa itu dengan umur 114 TAHUN.

Thursday, January 7, 2010

LAMBANG TIGA SEGI DAN MATA ILLUMINATI/FREEMASON DIDALAM RM1.00?








ADAKAH INI SATU KONSIPIRASI?ANDA SULUHKAN LAMPU DARI ARAH BELAKANG GAMBAR AGUNG DI DUIT RM1.00 KERTAS.AKU BUKAN NAK MENUDUH TETAPI AKU BERITAHU APA YANG AKU NAMPAK.MUNGKIN AKU SILAP,RABUN ATAU GILA TETAPI ANDA TENTUKAN DAN AKAN ADA KEMUNGKINAN AKU DIKENAKAN ISA KERANA ARTICLE INI?

Sunday, January 3, 2010

SAD NEWYEAR 2010? ATAU HAPPY NEWTEARS 2010?





Sudahpun kita melepasi 2009 dan melangkah ke 2010 dan fenomena yang biasa aku lihat ialah remaja-remaja keluar pada malam sehari sebelum tahun baru meraikkan dengan cara masing-masing.Yang MAT REMPIT dengan memacak motor dan berlumbanya,yang beraliran musik dengan gig-gignya dan yang digelar orang biasa pula akan berkumpul di dataran-dataran penting seperti dataran merdeka dan meraikkan sambil menonton konsert-konsert anjuran stesen-stesen tv seperti tv3.Selain itu,berlamba-lambak sms HAPPY NEWYEAR di telefon bimbit.

Bagi aku,aku tidak lagi akan ucapkan HAPPY NEWYEAR TETAPI AKU AKAN UCAPKAN SAD NEWYEAR ATAU HAPPY NEWTEARS kerana tidak sedarkah kita yang dunia ini sudah tidak gembira dan akan menjadi semakin tidak gembira pada tahun-tahun yang akan datang.

PEPERANGAN,PERGADUHAN,PENCEMARAN,KEGANASAN,KEBULURAN berlaku di seluruh dunia walaupun dinegara-negara maju seperti di AMERIKA SYARIKAT.Aku ada beberapa sebab untuk aku mengatakan SAD NEWYEAR:
-MANUSIA SEMAKIN BERPERANG DAN MELAKUKAN KEGANASAN
DIATAS NAMA AGAMA DAN BANGSA.

-ALAM SEKITAR SEMAKIN MUSNAH DAN KITA DIMALAYSIA
TIDAK KISAH ATAU MASIH BODOH LAGI DENGAN CITA-CITA
MEMBELI KERETA MAHAL SEPERTI BMW,BINA BANGUNAN BESAR
MELAKUKAN PELBAGAI AKTIVITI YANG MEROSAKKAN ALAM
SEKITAR.

-KEBULURAN YANG SERIUS BERLAKU DI NEGARA-NEGARA
MISKIN SEPERTI UGANDA TETAPI KITA MASIH MENGHABISKAN
DUIT DI RESTORAN-RESTORAN SEPERTI MCDONALDS,KFC DAN
RESTORAN-RESTORAN MEWAH SEPERTI DI BUKIT BINTANG.

-BERLAKU PEPERANGAN GENOCIDE DAN BIOKIMIA DI NEGARA
NEGARA BERGOLAK SEPERTI DARFUR TETAPI MASYARAKAT
DUNIA TIDAK MENGHENDAHKANYA.SELAIN ITU,PENGEBOMAN
BERANI MATI OLEH PENGGANAS SEMAKIN MENGORBANKAN
BERIBU-RIBU NYAWA.

Dimanakah perginya CINTA? KEAMANAN? KASIH SAYANG? adakah dengar meraikan SAMBUTAN TAHUN BARU SECARA BESAR-BESARAN MASALAH-MASALAH INI AKAN SELESAI? SUDAH TIADA TAHUN YANG GEMBIRA KECUALI KITA MULA BERTINDAK DENGAN MENYEBARKAN CINTA DAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA,ALAM SEKITAR DAN SELURUH KEHIDUPAN DI MUKA BUMI

BAND REVIEW:MAGGOTS SANDWICH



Band ini merupakan antara band punk atau hardcore punk yang kurang diketahui di malaysia walaupun mereka pelopor awal kebangkitan scene punk 80an di AMERIKA.Band ini merupakan antara band yang aku boleh katakan iaitu contoh terbaik band punk atau hardcore punk dan itulah sebab aku nak review pasal band ini.

MAGGOTS SANDWICH mula menghasilkan bunyian punk mereka diantara tahun 1983 dan 1984 dibawah panggilan KAOS.Apabila mereka menyedari terdapat beberapa band lain dengan nama yang sama mereka menukar nama mereka kepada MAGGOTS SANDWICH.Selain itu,gitaris band ini VIK GRAHAM DAN drummer band ini STEVE GRAHAM MERUPAKAN ADIK-BERADIK.

STEVE GRAHAM membuka labelnya sendiri iaitu KML Records pada tahun 1985 dan megeluarkkan LP pertama mereka "A DEAD TO MY WORLD,A GREAT 7".Meraka hanya mengeluarkan 500 keping sahaja dan tidak mahu mengeluarkkan kembali LP itu kembali kerana kualiti yang rendah.Tetapi LP ini sahaja yang dinyanyikan oleh vokalis pertama mereka iaitu BUZZ ZERK.

Selepas itu mereka mengeluarkkan hanya mengeluarkkan LP piring hitam walaupun bercadang mengeluarkan LP 10 lagu oleh kerana masalah dengan vokalis kedua.
MAGGOTS SANDWICH kembali ke studio pada 1987 untuk merakamkan album pertama meraka iaitu "GET OFF THE STAGE" dengan line up 3 orang sahaja.Disamping itu,pada 1990 mereka menghasilkan album "ZERO TOLLERANCE".

Pada 1993 mereka menghasilkan "MURDER WAR dan album terakhir mereka ialah pada 1997 iaitu "SLEAZE FACTOR".Sekarang,VIK BERSAMA ANAKNYA mempunyai kumpulan baru di myspace
iaitu IMMACULATE DECEPTION.

Sepanjang perjalanan band ini,mereka pernah berkongsi pentas dengan band-band pioneer hardcore punk seperti BAD BRAINS,CIRCLE JERKS,AGNOSTIC FRONT,RAW POWER DAN SEBAGAINYA.Walaupun band ini kurang dikenali dikalangan scene PUNK kita tetapi aku percaya yang otai-otai punk atau hardcore punk negara kita pasti ada yang meminati mereka.

BLOG JADI DIARI PERIBADI?


Blog merupakan media baru yang amat penting pada masa sekarang di negara kita.PRU-12 dikatakan dipengaruhi oleh MEDIA BARU atau pun BLOGGERS DAN BLOG MEREKA.Setelah menyedari kebangkitan media baru ini menyebabkan kekalahan BARISAN NASIONAL di dalam PRU-12, barulah mereka menggunakkan khidmat blog.

Blog merupakan media baru untuk masyarakat kita terutamanya anak-anak muda kerana media-media perdana menjadi ANJING-ANJING KERAJAAN SEPERTI RTM1,RTM2 DAN TV3.Media-media ini akan menjadikan segala tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah betul dan segala tindakan pembangkang adalah salah.

Aku kembali pada tajuk asal iaitu penyalahgunaan blog oleh remaja-remaja sekarang.Aku tak nak cerita panjang,aku nampak sekarang blog dah menjadi seperti MYSPACE,FRIENDSTER,FACEBOOK semua.Budak-budak sekarang gunakan blog untuk cerita pasal diri sendiri.Secara kesimpulanya BLOG MENJADI DIARI.

Sudah banyak blog-blog yang aku nampak artikel-artikelnya cerita tentang pergi makan dengan famili,aku tak gosok gigi pagi tadi dan macam-macam.Aku bukan nak menghalang golongan daripada menulis blog tapi dalam kamu menceritakkan hal peribadi kamu,cubalah sampaikan informasi-informasi berguna untuk pembaca.

Bagi aku,blog ini adalah tempat untuk menyampaikan informasi-informasi yang penting atau mungkin masyarakat tidak mengetahui.Selain itu,blog juga merupakan tempat untuk berideologi dan sebagainya bukanya 24jam bercerita tentang aktiviti hidup kamu yang tidak memberi manfaat dan informasi kepada pembaca.

Buat apa orang hendak baca pasal hidup kamu? Kalau insiden-insiden penting bolehlah dibincangkan tetapi ini tentang kamu pergi kenduri saudara kamulah,pergi tangkap ikanlah dan macam-macam.

Tujuan artikel ini bukan nak menjatuhkkan blogger-blogger lain tetapi ini daripada sudut pandangan aku.Ingat BLOG ITU ADALAH MEDIA BARU YANG HARUS MENYAMPAIKKAN INFORMASI,IDEOLOGI,PROPAGANDA DAN ILMU.

Friday, January 1, 2010

The skin jumps opposite the impersonal convenience.

This is not a capitalist buisness thing like the stupid MLM and other so called direct sharing buisness system.This is an easy and non capitalist way to make money on your blog.Its just posting a article about them and you get the money.So don,t wait,search for www.PayPerPost.com.