Monday, November 23, 2009

SO CALLED INDIE POSERS?



Hujan,nama yang sudah sinonim dengan scene musik bebas malaysia,aku lebih senang nak katakan yang band hujan merupakan pembuka jalan kepada band-band scene bawah tanah negara kita untuk naik ke atas sepeerti MeetUncleHussien,Bittersweet,Laila,s,Harmacy dan Buterffingers juga turut mengambil kesempatan dalam fenomena so called INDIE ni untuk keluar dari kepompong underground.

Masalahnya adalah,perkembangan musik bebas ini meweujudkan satu golongan yang dipanggil BUDAK-BUDAK INDIE,BUDAK GIGS dan yaang aku panggil adalah POSERS! Memakai baju dengan design tulisan berwarna-warni,seluar skinny yang warna-warni juga.Senang cerita mereka bermula dengan meniru gaya NOH HUJAN dan BITTERSWEET.Di samping itu, band-band seperti JULIES GOES OVERSEAS,GREY SKY MORNING menyemarakkan pemakaian golongan ini.

Masalah budak-budak so called indie ini,mereka adalah golongan yang TREND FOLLOWERS yang baru up atau nak kenal dunia.Mereka lah sebelum ini menjadi MAT REMPIT,MAT 3LINE,BBOYS,HIP HOPPERS AND NERDS! Golongan so called indie ni tidak mempunyai knowledge yang cukup.Asalkan band itu bermain music sejenis dengan HUJAN semua digelar indie!

Mereka tidak sedar yang INDIE adalah INDIEPENDENT.INDIE adalah bebas,tak kira main music black metal,punk,grunge, semuanya indie jikalau music itu ditulis sendiri,album mereka dirakam oleh duit sendiri senang cerita bergerak dengan sendiri iaitu mengamalkan salah satu attitude punk D.I.Y! Mereka tidak sedar yang UNDERGROUND dan INDIE adalah benda yang sama cuma gelaranya yang ditukar! Di USA musik bebas di panggil UNDERGROUND/ALTERNATIVE BANDS tapi kalau di UK scene music bebas dipanggil INDIE!

Yang dikatakan INDIE ROCK itu adalah jenis-jenis musik yang dimainkan oleh band-band scene bebas di UK. INDIE ROCK ade banyak subgenre seperti INDIE POP,SHOEGAZE,GRUNGE,ALTERNATIVE ROCK dan banyak lagi.Semua subgenre ini tidak sama musicnya tetapi mereka semua tergolong dalam band-band yang cuba lari dari music arus perdana itu yang dipanggil INDIE ROCK or ALTERNATIVE ROCK!